Toyota Camry Hybrid

•May 10, 2010 • Leave a Comment

Salam,

Toyota sememangnya terkenal dengan pembaharuan yang dibawa oleh syarikat tersebut ke dalam industri permotoran dunia. Jenama kereta tersebut terkenal dengan model hybrid nya dan buat julung kalinya, Toyota mempersembahkan Camry hybrid versi Aurion, yang mula dijual di China. Dilengkapi dengan enjin 2.4 liter Atkinson cycle 2AZ-FXE, harga kereta tersebut di pasaran dianggarkan bernilai RM 150k – Rm 172k.

Persoalannya, jika ia menembusi industri permotoran Malaysia, adakah sudah rakyat Malaysia bersedia untuk beralih angin mengguna pakai kereta hybrid di negara ini? Sama-sama kita renungkan.

Sumber – http://paultan.org/2010/04/19/toyota-camry-hybrid-production-sales-begin-in-china/

Perodua Alza

•May 10, 2010 • Leave a Comment

Salam,

Kereta Perodua Alza merupakan kereta ‘multi purpose vehicle (MPV)‘  yang terbaru keluaran Perodua Sdn Bhd. Kereta ini amat sesuai untuk mereka yang baru berkeluarga, yang menginginkan kereta yang selesa dan pada masa yang sama, amat effisien dari segi penggunaan minyak dan sebagainya. Dengan harga RM 60,990 beserta insurans, kereta ini boleh dikategorikan sebagai kereta yang mampu dimiliki dan ia sememangnya amat sesuai untuk perjalanan dekat mahupun jauh untuk keluarga, peminat-peminat kereta MPV di luar sana.

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi kereta, anda boleh rujuk di website perodua – http://www.perodua.com.my/index.php?section=ourcars&page=alza&action=specs

Satria Neo CPS

•May 10, 2010 • Leave a Comment

Salam,

Proton sekali lagi telah membawa sedikit pembaharuan kepada dunia permotoran nasional dengan memperkenalkan Proton Satria Neo CPS. Menurut 1 sumber yang dipercayai, pembaharuan ini dibuat berikutan kepada masalah ‘oversteer‘ di dalam kereta Proton Satria Neo yang terdahulu. Oleh yang demikian, Proton telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Neo CPS yang dilengkapi dengan enjin Campro disertakan dengan sistem ‘variable intake manifold (VIM)‘ yang meningkatkan mutu kawalan kereta. Body kit yang baru juga, bakal menjadi tarikan utama kepada peminat kereta sport sedan di luar sana.

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi kereta, anda boleh rujuk di sini. http://paultan.org/2009/02/13/new-proton-satria-neo-cps-details-and-specifications/

BMW – Jenama kereta paling berharga di dunia!

•April 28, 2010 • Leave a Comment

Salam semua,

Menurut sebuah syarikat penyelidikan mengenai pasaran di seluruh dunia, Milward Brown, jenama kereta BMW telah menjadi sebuah jenama kereta yang paling berharga di dunia. Ini berdasarkan kepada kedudukan tahunan ‘BrandZ Top 100’ anjuran syarikat berkenaan baru-baru ini. Ini bermakna, BMW telah berjaya merampas takhta dari syarikat kereta Jepun,Toyota di dalam kedudukan tahunan tersebut. Mercedes dan Porsche pula telah mengalami kemerosotan dari segi penjenamaan, masing-masing sebanyak 11% dan 31%.

Walaupun BMW berjaya merampas kedudukan dari Toyota, nilai jenama kereta tersebut telah jatuh di pasaran sebanyak 9%, tidak seteruk Toyota yang menghuni kedudukan ke – 2, dengan kemerosotan sebanyak 27%. Honda mengekalkan kedudukan di tangga ketiga, Mercedes-Benz di tangga keempat dan Porsche di tangga kelima.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini – http://www.autonews.com/apps/pbcs.dll/article?AID=/20100428/ANE/100429857/1254

Hello Pencinta Kereta!

•April 22, 2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan khas kepada pencinta dan juga penggemar dunia permotoran di luar sana. Blog ini bakal menjadi medan utama kepada anda semua untuk memperoleh berita-berita terbaru mengenai kereta, khususnya di negara Malaysia yang tercinta.

Sebarang komen membina untuk pembaikan blog ini amatlah dialu-alukan dan jutaan terima kasih diucapkan kerana memilih blog ini sebagai tempat rujukan anda.

Sekian,
Selamat Mengembara!